fbpx

“Kenapa Wujud Kategori Kanak Kanak Di AME?”

Tahun ini Anugerah MeleTOP Era (AME2019) kembali lagi, dan seperti tahun sebelumnya antara kategori yang dipertandingkan, kategori Anugerah Si Cilik MeleTOP yang mencalonkan anak-anak selebriti popular.

BACA: Di Sekitar Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2018

Bagaimanapun menerusi laman Twitter, ada pihak yang tidak senang apabila kategori berkenaan dipertandingkan. Selain katakan bodoh, mereka berpendapat penglibatan kanak-kanak seakan mengeksploitasi mereka.

Malah ada yang berpendapat anak-anak selebriti ini tidak perlu diberikan modal untuk publisiti murahan. Tidak kurang juga ada yang menyelar anugerah ini kerana seoalah memberi risiko kepada gejala pedofile.

Untuk tahun ini pula, antara percalonan untuk kategori Anugerah Si Cilik MeleTOP adalah, Lara Alana, Aishah, Jebat Jayden, Aqeef Anaqi dan ramai lagi. Jadi apa pula pendapat anda? (rtky/w)