“Kenapa Ustaz Perlu Kaya, Supaya Kafir Tak Pandang Hina”
Sejak PKP dilaksanakan, Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, ada pihak kurang senang dengan dengan kerja kebajikan yang dilakukannya dan iri hati.
Malah, ada yang mempersoalkan dimana pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri, sehinggakan Ustaz Ebit terpaksa mendedahkan sumber pendapatannya agar tiada lagi salah faham.
BACA: Sumbangan Dipertikai, Ustaz Ebit Lew Dedah Sumber Pendapatan
Rata-rata netizen mengagumi Ustaz Ebit yang sebelum ini bersusah tetapi akhirnya mampu membina kejayaannya sendiri. Lebih bermakna, apabila kemewahannya itu digunakan untuk membantu ramai orang.
Pendedahan Ustaz Ebit itu mendapt perhatian pesonaliti televisyen, Ahmad Fedtri yahya yang menukilkan sebuah sajak kepada pendakwah berbangsa Cina itu sebagai tanda sokongan.
Menerusi sajak itu, Fedtri menjelaskan keperluan seorang pendakwah untuk bergelar hartawan sebagaimana dituntut Islam. Antara sebab yang dinyatakan seseorang itu mampu bersedekah, membela ummah, seruan agama, berzakat dan dipandang tinggi agama lain.
Perkongsian Fedtri itu ternyata memberi kesan kepada netizen yang memahami maksud yang disampaikan. Malah, ramai mengatakan Ebit Lew menjadi inspirasi kepada mereka diluar sana yang mempunyai kemewahan namun menginfakkannya ke jalan Allah.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar Ustaz Ebit dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam membantu mereka yang memerlukan dan terus istiqamah dalam kerja kebajikan.
Tahun ini bln puasa sibuknya org islam diMsia ni bertelagah. Pelik aku ada yg kata 15 hari puasa ni jatuh pd hari Jumaat dan ada ustaz kata nk kiamat. Tp punya lah bebal bergaduh pulak antara ustaz dgn pengacara program agama. Melarat jd isu lain pula smpai nk hapus bahasa cina pula. Pelik sungguh laa nk kiamat ni makin pelik perangai seko2 berbalah sambil berlapar tp nafsu nk berkelahi sngt tinggi. Maka ramai laa yg dpt lapar dan dahaga saja..
ada benarnya dan ada kurangnya. nabi agung kita tak kaya mana. walaupon tinggal sebiji kurma dia bersedekah. dia tak dipandang hina malahan org bukan islam menyimpan harta mereka dgn baginda sbb baginda org yg paling dipercayai. belom islam, tapi da percaya kat nabi saw.
ada ustaz tinggi ilmu, tidak berkerja sprt org lain krn mencari ilmu akhirat. bila da dpt, dia menjadi pendakwah bebas utk mengajar rakyat jelata supaya rakyat sentiasa ingat dan beriman. org beriman yg lain yg kerja hari2 yg kaya raya, bersama2 boleh membantu ringankan beban wang utk ilmuan2 ustaz2 tadi. tapi kena pandai bezakan ustaz yg sebenar dan yg penunggang agama. takut ada yg sengaja tumpang gelaran ustaz sbb nak duit. pon begitu, mmg tak salah ustaz jadi kaya. alhamdulillah rezeki Allah, ustaz itu rajin mendakwah sambil tungkus lumus berkerja mencari rezeki sendiri. itu lebih baik. puisi baik tapi takut ada yg salah tafsir, lebih2 lagi headline kamu wahai rotikaya. cuba tone down sikit hat kafir pandang hina tu. tak btoi tu.
Title rotikaya memang mengundang fitnah. Tak pernah nak elok. Farizan ni kapir ke?
Org yg paling kaya kt dlm dunia ni org kapir semua, ada laa beberapa kerat barua2 mrk dari kalangan keluarga raja Arab dan pembesar2 negara yg sngt kaya raya harta beribu bilion jauh lg kaya dari Bill Gates dan org2 yg dlm senarai manusia terkaya dlm majalah forbes tu. Jadi perlu ke ustaz nk tnjk kaya??? Sdg antara sahabat Nabi yg paling kaya pun menjadi sahabat terakhir masuk ke syurga dikalangan sahabat yg dijamin oleh Allah sbg ahli syurga!!! Kalau nk cari redha manusia, dipuji dan disanjung, popular dan sering viral dlm media itu bukan jaminan akan Allah terima semua kebaikkannya pun!!! Punya bnyk ayat Quran ostad2 ni hafal, hadis2 sahih dan kisah2 para rasul dan sahabat xkan laa x faham2 lg apa matlamat korg nk beramal??
yang penting kaya ilmu dan amal dulu..
setuju dengan leman, rotikaya pun tak boleh buat headline mcm ni..
Jadi yg semua yg buruk ni kafir yg buat ker? Langsung takde yg baik, langsung takde yg toleransi, langsung takde yg bersedekah? Tak baik sikit2 mengata kafir. Yg kafir pun takde masa nak cek harta org lain. Byk keja lain yg jauh lbh berfaedah oii.. Bahasa tu bkn saja mencermin bangsa, tapi mencerminkan hati. Bersih dari buruk sangka atau tak..tak giteww?
Ahmad Fedtri Yahya komen cara diskriminasi & rasis. Selalunya, yg pandang hina org Islam ialah sesama Islam & Melayu.
Sedihnya ngn nukilan mamat ni….. Tapi ku tgk yg byk mnderma golongan yg dnamakan Kapir ni juga… Yg mula2 tlg buat baju PPE pun Kapir juga… Xda liputan FB pong….. Usaha Ustaz Ebit ni, jgn lah djadikan platform utk mghina org lain… T Ebit Liew, usahanya bkn mbawa perpaduan tetapi perpecahan kaum plak… Ingat kan personalities TV ni bijak psikologi manusia… Rupa2nya serakah polpulariti…
‘supaya kafir tak pandang hina’? Byk sgt ke kafir yg pandang hina org miskin yg dia dah jumpa? Seumur hidup sya blm jmpa lg.. Even manusia yg sya paling tak ska tgk pun xda menghina org miskin.
Alhamdulillah. Setiap orang ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, dan agama. Di mana tahap iman kita? Adakah sekadar cukup beri makan kepada keluarga sahajakah? Kuderat dan lebihan nikmat Allah bagi kepada kita; mengapa mahu meletakkan tanggungjawab membela nasib bangsa dan agama pada orang lain jika diri diberikan peluang untuk beramal? Apa sumbangan kita kepada pembangunan ummah?
Semua ini persoalan yang perlu kita sediakan dengan jawapan melalu
Wallahuaklam