fbpx

“Kenapa Suka Ganggu Isteri Orang?”

Tempoh hari Rozita Che Wan ada memuat naik gambar seorang pengkid berserta amaran keras, rupanya bukanlah Che Ta diganggu tetapi saudaranya. Menurut Che Ta luahan amarahnya itu adalah jalan terakhir terpaksa kerana tidak tahan individu itu bermain cinta dengan isteri saudaranya.

BACA: Rozita Che Wan Bengang Digoda Pengkid?

“Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan ‘pengkid’ hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah. Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan”

“Karakter isterinya itu berubah dan menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu itu. Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka. Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat”

“Ramai lagi orang di luar sana, kenapa perlu mengganggu isteri orang. Adakah setelah diberi amaran, dia menganggap dirinya seperti dicabar,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Dikhabarkan individu yang menganggu isteri saudaranya itu juga merupakan seorang penyanyi tanah air yang baru meningkat naik. Menyedari individu terbabit menafikan dakwaan itu, Che Ta tidak teragak untuk mendedahkan bukti perbualan kedua-duanya. (rtky/w)