fbpx

“Kenapa Nak Tutup Periuk Nasi Saya?”

Dikala proses penceraian suaminya dan bekas isteri hangat diperkatakan, Izreen Azminda kecewa apabila ada pihak mewujudkan akaun Instagram palsu, The Real Izreen Azminda yang memberikan kenyataan bagi menutup periuk nasinya.

BACA: Ude Mohon Intan Liana Jangan Berdrama

“Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya”

“Saya tidak tahu angkara siapa, biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sebulan lalu. Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama.

Bagaimanapun kata Izreen, hal itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadapnya, dan beliau masih menerima banyak tawaran berlakon. Namun Izreen buat masa ini masih belum bersedia untuk mengaktif kembali akaun media sosialnya.

“Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama. Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada,” jelasnya.

Terdahulu, Ude Wahid dan Intan Liana akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur awal pagi tadi. Dalam masa sama Ude meminta bekas isterinya berhenti berdrama air mata untuk menagih simpati kerana beliau tahu mengapa mereka berpisah. (rtky/w)