fbpx

“Kenapa Nak Putih, Berhenti Jual Pemutih Kulit Bodoh”

Sekarang ni kebanyakan wanita berlumba-lumba nak kulit putih dan cantik. Mana tidaknya, ramai beranggapan wanita berkulit cerah lebih cantik berbanding wanita kulit gelap.

Produk pemutihan kulit pula sekarang ni tumbuh macam cendawan memandangkan permintaan yang tinggi. Segala produk untuk cerahkan kulit dah banyak di pasaran.

Baru-baru ini, seorang peniaga mempromosikan produk pemutih kulit di ruangan komen Instagram Nabila Huda.

Apa yang pasti iklan tersebut berjaya menarik perhatiannya dan bertindak membalas komen tersebut.

“Kenapa nak putih kalau saya suka berjemur. Saya sukakan kulit saya. Berhenti jual produk pemutihan kulit bodoh. Tak bagus untuk kulit anda di masa akan datang. Jangan biasakan diri ambil produk putih ni semua. Banggalah dengan kulit kita, nusantara.”

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Nabila Huda yang sentiasa bangga dengan warna kulitnya dan tidak melakukan sebarang perubahan untuk memutihkan kulit.

Sumber: Twitter Mikasa Mika