Baru-baru ini kedengaran desas-desus mengatakan terdapat seorang pelakon lelaki bertindak memukul teman wanitanya, malah cerita berkenaan rasanya sudah banyak kali timbul. Bagaimanapun, di sebalik desas-desus itu, terpalit pula nama Shaarnaz Ahmad, tidak menafikan mahupun mengiyakannya beliau tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan terbabit.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Shaarnaz Ahmad Tidak Lupa Diri Lepas Menang ABPBH 29
“Apa orang nak cakap, biarlah. Tidak perlu untuk saya menafikan persepsi itu. Ya, memang saya seorang yang agak panas baran dan mudah emosi. Saya tidak kisah, cuma orang yang kenal rapat dengan saya tahu siapa diri ini. Mereka tahu perangai dan kehidupan saya. Kalau kita nak ikutkan kata-kata orang, sampai bila pun kita tidak akan menjadi diri sendiri”
“Macam inilah, lelaki pukul perempuan itu salah. Namun, kalau ditanya kenapa dia bertindak sedemikian, mesti lelaki tersebut hanya mendiamkan diri. Kenapa kita asyik kecoh apabila seorang lelaki memukul wanita. Kenapa tidak soalan yang sama ditanya apabila wanita pula memukul lelaki. Saya rasa, mesti ada sebab kenapa lelaki itu memukul wanita tersebut”
“Takkan dia saja-saja nak pukul teman wanitanya. Ada alasan kukuh bila seorang lelaki bertindak sedemikian. Tapi saya tidak cakap pukul wanita itu tindakan yang betul, salah tetap salah. Cuma mesti ada sebab. Lagipun, pukul-pukul manja sahaja. Kalau pukul betul-betul, mahu pengsan sehari perempuan itu,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.
Shaarnaz yang terkenal dengan sikap panas barannya itu bagaimanapun tidak mengesahkan samaada kejadian tersebut melibatkan dirinya dan kekasih hati, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada Neelofa atau tidak. Namun jika dakwaan itu memang tidak benar, sekurang-kurangnya beliau memberikan penjelasan dan tidak membiarkan spekulasi bertebaran. (rkty/w)