Perkongsian penyanyi dan pelakon Bella Astillah menjadi perhatian ramai apabila apabila mempertikaikan kenyataan suaminya, Aliff Aziz ‘belum’ berhubung dengan aktres, Sophia Albarakbah.
Menerusi Insta Story, Bella turut mempersoalkan mengapa Aliff perlu menjaga pihak lain kerana bukankah sepatutnya perasaan isteri perlu diberi keutamaan.
BACA: Sophia Albarakbah Datang Tengok GV10, Aliff Aziz Tiada Hak Halang
“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke? “Kenapa harus jaga hati pihak sana, bukankah sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” tulisnya.
Difahamkan, dalam temu bual itu, Aliff berkata dia tiada hak untuk menentukan siapa yang hadir pada konsert berkenaan serta memberitahu belum berhubung dengan Sophia.
“Kalau nak tanya mengenai berhubung, belum lagi berhubung tentang apa-apa. Mungkin beliau (Sophia) datang dengan sepupunya, Aisha Retno,” kata Aliff.
Terdahulu, Aliff berkata sebagai peserta dia hanya mahu memberikan persembahan terbaik di pentas. Ujarnya lagi, mereka berada dalam satu industri dan pasti akan berjumpa dengan orang yang sama.