fbpx

“Kenapa Dengki Sangat Saya Berniaga Tepi Jalan?”

Penyanyi veteran, Shima mendedahkan sepanjang mengusahakan warung Teringin, beliau pernah terkena buatan orang sehingga menyebabkan kesihatannya terganggu dan tidak membuka perniagaannya.

BACA: Jual Semua Baju Seksi, Shima Kini Bertudung Litup

“Saya bukan buka restoran besar, hanya berniaga warung tepi jalan. Kenapa ada yang dengki sangat? Awalnya, saya fikir mungkin kepenatan, saya sering tidak sihat, selain dihantui mimpi ngeri”

“Memang pada mulanya, saya tidak mempedulikan perkara itu. Tetapi, saya tidak sedap hati apabila empat kucing yang dipelihara sejak 10 tahun lalu sakit dan mati mengejut, sedangkan semuanya sihat sebelum ini”

“Lebih teruk, tulang belakang mula membengkak menyebabkan saya hanya terlantar. Tekak pula sentiasa mual, tetapi tidak muntah. Saya tidak larat bangun, tetapi saya tidak mahu melayan tekanan”

“Seorang teman baik ada membawa saya bertemu pengamal perubatan Islam. Alhamdulillah, sakit saya sudah berkurangan. Memang saya trauma kerana tidak sangka, sampai tahap ini orang sakit hati melihat saya berniaga,” jelasnya.

Disebabkan masalah kesihatan itu, Shima terpaksa menutup perniagaan selama tiga minggu dan menumpukan sepenuh perhatian untuk sembuh. Semoga Shima terus kuat melawan penyakitnya dan kembali berniaga. (rtky/w)