Muncul kembali apabila menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV), kisah cerita perkahwinan penyanyi Shidee yang kononnya tidak mendapat restu kembali menjadi perhatian.

Malah, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan Shidee apabila pada awalnya mendapat tentang daripada ibu mertua.

BACA: Aliff Aziz, Adibah Noor, Fazley Yaakob Antara 13 Bintang Gegar Vaganza 8

Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, meluahkan rasa syukur apabila segala kekecohan yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dikawal dengan baik.

“Ya saya memang terpalit kontroversi dulu dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama, korek la tak ada apa pun. Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mertua saya,” katanya.

Pada Februari 2010, kecoh apabila perkahwinan Shidee bersama Siti Fairunnisa Aziz yang ketika itu berusia 22 tahun tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hassan.

Shidee dikatakan pada awalnya berkenalaan dengan Jamaliah namun berkahwin dengan anak wanita itu. Bagaimanapun, Shidee menafikan dakwaan pernah menjalin hubungan dengan mentuanya sendiri.

“Sebenarnya itu (tuduhan) tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya, itu terpulang hak dia. Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Shidee berkata segala salah faham dapat diselesaikan secara baik dan mereka kini hidup harmoni. Ujarnya, dia tetap menghormati ibu mentuanya sama seperti ibunya sendiri.

Shidee dan Siti Fairunnisa berkahwin pada 1 Februari 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.