fbpx

Kena Tikam Belakang, Umie Aida Gaduh Dengan Erra Fazira?

Semalam, Datin Seri Umie Aida memuat naik satu kenyataan agak mengejutkan di laman Instagramnya. Menerusi posting tersebut, beliau mendedahkan bahawa dirinya dikhianati oleh seorang sahabat baiknya.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menurut Umie lagi, beliau pernah memberi peluang kepada individu tersebut untuk berubah namun sangkaannya meleset kerana individu tersebut masih lagi mengulangi kesilapan sama.

Malah, Umie juga meluahkan rasa kecewa apabila individu tersebut sanggup mengkhianati persahabatan mereka hanya kerana wang ringgit.

Tidak menyebut nama individu yang mengkhianatinya, namun rata-rata netizen membuat spekulasi mendakwa individu yang dimaksudkan itu adalah Erra Fazira.

Umum mengetahui, Umie dan Erra merupakan sahabat baik dan menjalin hubungan rapat antara satu sama lain. Malah, hasil pemantauan kedua-dua sahabat ini juga dilihat saling tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram.