fbpx

Kemunculan Shuib Dalam Sepahtu Reunion Buat Ramai Sebak

Buat peminat Sepahtu Reunion Live, pasti ramai yang rindukan dengan ahli kumpulan Sepahtu iaitu Shuib. Apatah lagi sekian lama tidak muncul dalam program tersebut untuk memberi fokus pada perniagaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, rasa rindu peminat Sepahtu terubat apabila Shuib muncul sebagai cameo dalam Sepahtu Reunion Live 2021 malam tadi.

BACA: Perniagaan Air Shuib Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

Anggota kumpulan Sepahtu yang lain termasuk Jep tidak tahu tentang perkara itu ternyata terkejut apabila melihat kehadiran Shuib.

Menerusi video dikongsikan oleh peminat di aplikasi TikTok @eddy_bahar, dapat dilihat wajah tidak percaya Jep, Rahim dan Ilya apabila melihat Shuib memasuki pentas.

Malah, rata-rata penonton juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengesatkan air mata apabila melihat kumpulan Sepahtu akhirnya lengkap meskipun seketika. Lebih sebak apabila Shuib membawa sebelah kasut sebagai sembolik penyatuan sepasang sepatu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib dan Jep turut memuat naik gambar pertemuan mereka serta kapsyen yang menyentuh hati netizen apatah lagi semua tahu mereka sudah lama bersahabat baik.

Rata-rata netizen turut sedih dan sayu melihat momen berkenaan kerana selama ini sudah bertahun Sepahtu menghiburkan mereka.