Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjengah kalendar 2019 ini, pastinya ramai yang sedang memikirkan dimanakah tempat istimewa untuk meraikan makan besar bersama keluarga bukan?

Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan dengan anda satu tempat yang menyediakan pelbagai hidang mewah sempena Tahun Baru Cina.

Sunway Resort Hotel & Spa akan menyajikan anda pelbagai hidangan menarik yang pastinya membuatkan anda tidak sabar untuk merasai kesemua hidangan yang disediakan.

Nak-nak lagi, makan bersama ahli keluarga pastinya akan menjadi memori terindah buat anda. Lazimnya makanan yang dihidangkan membawa simbolik kepada kekayaan, tuah, kemewahan, kejayaan dan umur yang panjang.

Pelbagai menu menarik yang akan dihidangkan oleh Sunway Resort Hotel & Spa yang membuatkan tekak anda berselera untuk merasai hidangan yang super duper meletop ini #sunwaywindsofprosperity.

Harga set menunya pula sangat berpatutan bermula dengan MYR1,688 (Billow of Happiness), MYR1,888 (Billow of Prosperity) sehinggalah set menu Billow of Longevity yang bernilai MYR2,088. Setiap set menu yang dihidangkan oleh Sunway Resort Hotel & Spa bersesuaian untuk 10 orang makan untuk satu meja besar.

Chicken Broth with Antler Mushroom Hokkaido Dried Scallop and Fish Maw

Menu ini merupakan hidangan yang wajib anda cuba untuk merasai keenakkan cendawan segar yang jarang sekali dijumpai.

Chicken in duo Varieties

Waxed Meat Rice in Claypot

Nasi yang dicampurkan dengan beberapa hirisan daging itik dan ayam ini sangat sesuai untuk anda yang gemar memilih menu berat ini sebagai menu hidangan malam tahun baru Cina anda.

Hirisan daging itik dan ayam yang rangup ini membuka lagi selera makan anda bersama keluarga.

Braised South Africa Abalone and Money Bags with Black Garlic Sauce

Dalam banyak-banyak hidangan, hidangan Braised South Africa Abalone and Money Bags with Black Garlic Sauce jangan sesekali anda lepaskan kerana di dalam menu tersebut mempunyai hirisan Black Garlic yang sangat sedap.

Nak-nak lagi jarang untuk anda jumpa di pasar Black Garlic ini, jika ada sekalipun harganya mesti buat anda fikir dua kali untuk membeli.

Crystal Prawn Meat with Golden Sand and Pine Nuts

Menu ini adalah menu paling sedap, paling lazat untuk anda rasai. Kami juga tidak terlepas untuk merasai sendiri keenakan Crystal Prawn Meat with Golden Sand and Pine Nuts ini. Nak-nak lagi udangnya yang segar dan besar memang tidak pandang kiri kanan jika anda pilih menu ini.

Sosnya pula tidak pedas dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Pasti anak anda akan pilih menu ini sebagai menu utama mereka.

Lemongrass Jelly and Sun-Dried Persimmon Syrup

Selain set menu yang disajikan, makanan yang wajib ada pada makan malam Tahun Baru Cina semestinya Yee Sang, dimana kesemua ahli keluarga anda akan gaul Yee Sang sambil mengangkatnya dengan tinggi yang memberi maksud lebih banyak kemakmuran yang akan dinikmati sepanjang tahun.

Selain itu, Yee Sang juga dianggap sebagai simbol penyatuan, dan lambang murah rezeki.

Di Sunway Resort Hotel and Spa ini anda akan temui keistimewaan Yee Sang yang dicampurkan dengan sos lain daripada yang lain. Antaranya campuran Yee Sang bersama sos plum dan wasabi.

Nak lagi menarik anda juga boleh rasai Yee Sang dengan campuran sos avocado atau campuran sos rojak yang masam masam manis.

Berbezanya tahun ini, sebanyak lima variasi Yee Sang akan disediakan dengan campuran isinya yang berbeza.

Antaranya campuran Crispy Shrimp and Snow Pear, Salmon and Snow Pear, Alaska Scallop and Crispy Salmon Skin, Fresh Salmon and Soft-Shell Crab dan Cooked Lobster.

Setiap hidangan Yee Sang ini bermula dengan harga MYR148 bagi full portion manakala MYR88 bagi half portion.

Jika anda jadikan Sunway Resort Hotel & Spa sebagai lokasi untuk anda raikan Tahun Baru Cina, pelbagai hidangan termasuk pencuci mulut juga turut dihidangkan dan pastinya anda akan tambah berkali-kali.

Tang Yuan

Menarik lagi, dessert yang menjadi kegilaan ramai iaitu Tang Yuan menanti anda. Intinya yang sangat lazat buatkan anda rasa ingin tambah berkali-kali.

Bagi setiap hidangan makan besar sempena Tahun Baru Cina di Sunway Resort & Spa bermula 21 Januari hingga 19 Februari dibuka pada pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Harga bagi dewasa bermula dari MYR138, manakala kanak-kanak pula bermula dari MYR78.

Sunway Resort Hotel & Spa

Terbaru, sempena Tahun Baru Cina pelbagai promosi akan diadakan di Sunway City antaranya pakej penginapan di Sunway Resort Hotel & Spa Sunway Pyramid Hotel bermula dari harga MYR388.

Sunway Pyramid Hotel

Sunway Pyramid Hotel juga menawarkan harga menarik bermula dari MYR298.

Sunway Clio Hotel

Tidak ketinggalan juga Sunway Clio Hotel turut mengadakan promosi bilik serendah MYR288. Setiap promosi yang diberikan akan disediakan bersama pakej sarapan pagi untuk 2 orang.

Anda boleh mula membuat tempahan bilik bermula sekarang sehingga 17 Februari untuk tempoh penginapan sepanjang 1 Februari sehingga 17 Februari bagi menikmati keindahan sebenar perayaan Tahun Baru Cina.

Maklumat lanjut layari laman rasmi ini.