Akhirnya, Kejayaan Nabila Huda meraih undian paling tinggi untuk Anugerah Pelakon TV Wanita Popular memadamkan sangkaan bahawa walaupun dengan kontroversi pelbagai yang menghimpit dirinya sepanjang bergelar anak seni bakat sebenar yang ada di dalam dirinya lebih dihargai peminat.
Menurut Nabila Huda, 29, sepanjang bergelar anak seni terlalu banyak onak dan duri terpaksa ditempuhi termasuk menyakinkan ayahnya yang juga penyanyi kumpulan rock terkenal, Amy Search bahawa dia tidak mensia-siakan kariernya sebagai pelakon.
“Saya nak tunjuk kat papa (Amy Search) bahawa saya bukan mensia-siakan karier saya sebagai pelakon selepas beberapa isu kontroversi saya tetap bangun pagi kerja macam biasa”
Ujar Nabila lagi, dia tidak kisah dengan tanggapan ramai pihak tentang dirinya kerana dia lebih tahu apa yang berlaku.
“Saya sebagai pelakon sudahlah perlu menjadi pelakon, apabila di luar saya takkan nak jadi pelakon lagi apabila berdepan dengan orangkan”
“Apa yang orang nampak selama ini itulah diri saya, saya nak tunjuk bahawa saya bukan hipokrit”
Di dalam pada masa yang sama, Nabila Huda turut berkongsi perasaan gembiranya apabila dapat berkongsi momen manis tersebut bersama Nas-T yang turut hadir di ABPBH 2012 untuk memberikan sokongan.
“Dia ada ucapkan tahniah kepada saya dan saya amat hargai perkara tersebut”
Tambahnya lagi, kini Nas-T sudah menjadi “Soulmate” yang sebelum ini hanya sekadar kawan biasa dan Nabila turut memberitahu dia amat selesa berkawan dengan Nas-T kerana sikapnya yang memahami dan tahu baik buruk perangai Nabila.