fbpx

‘Kembar’ Siti Sarah Terkejut Dikejar Peminat Ketika Jalan Di Mall

Pasti ramai tahu tentang wanita bernama Emy Nur Faranizah yang tular baru-baru ini kerana wajahnya seiras penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Memetik mStar Online, wanita dikenali sebagai Emy itu berkata dia pernah berdepan situasi dimana dikejar oleh peminat arwah penyanyi itu ketika sedang berjalan di sebuah pusat membeli-belah.

BACA: Shuib Elak Jumpa ‘Kembar’ Siti Sarah

“Penah satu hari ketika saya sedang berjalan-jalan di sebuah pasar raya, seorang peminat mengejar untuk menegur saya. Apabila sudah dekat baru dia sedar saya bukan Siti Sarah.

“Memang terkejut dan ras kelakar juga dengan kejadian tersebut. Saya anggap dia mungkin terlalu rindukan arwah sehingga sanggup mengejar saya.

“Sebelum ini memang ramai yang menegur wajah saya mirip arwah tapi tidaklah selalu,” katanya.

Dijemput untuk membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Raisuddin Hamzah, Emy berkata bapa arwah penyanyi itu terkejut dan terdiam melihatnya.

“Saya melihat uncle (Raisuddin) terdiam sehinggalah saya datang dekat kepadanya. Uncle menegur saya dan kami berborak seperti bias. Uncle juga menunjukakn gambar-gambar arwah ketika kecil dan remaja.

“Uwasi juga nampak terkejut. Mungkin dia pelik ada orang yang tidak dikenali hadir pada majlis tersebut. Dia tidak berkata apa-apa hanya tersenyum sahaja.

“Pada awalnya memang segan nak hadir majlis tersebut. Bagaimanapun saya tidak mahu hampakan mereka untuk raikan ulang tahun uncle ketika itu,” katanya.

Terdahulu, Shuib berkata dia tidak sanggup untuk bertemu dengan dengan ‘kembar’ arwah isterinya itu. Ujarnya. memori dan ‘keberadaan’ Allahyarham masih diingati dan menebal dalam dirinya dan arwah isterinya tiada pengganti.