fbpx

Kembali Aktif Di Instagram, Ameera Khan Kongsi Foto Tak Berhijab

Sebut saja nama Ameera Khan, sememangnya adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa itu dikenali ramai dan sentiasa menjadi perhatian meskipun bukan 

Pasti ramai tahu, sejak Julai lalu Instagram Ameera menjadi perhatian apabila dipercayai telah memadam semua gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini sekaligus menjadi tanda tanya netizen.

BACA: Wajah Sipi-Sipi Wajah Ameera Khan Dipuji Cantik, Netizen Ingat Orang Turkiye

Nampaknya, pasti ramai yang gembira dimana sejak semalam Amera dilihat kembali aktif di Instagram apabila memuat naik gambarnya. Namun, apa yang mengejutkan foto dikongsikannya itu tidak mengenakan tudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @littlemisskhan

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa teruja serta sudah lama rindu untuk mengetahui tentang perkongsian Ameera di Instagram.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang apatah lagi minggu lalu personaliti media sosial itu menjadi perhatian apabila mengerjakan ibadah umrah bersama ibunya.

“Dalam Instagram ibu awak, beria tutup muka tetapi di sini (Instagram miliknya) tunjuk pula. Dasar raih perhatian,” ujar netizen.

“Sekejap buka, sekejap pakai. Begitulah Ameera sewaktu buka hijab dahulu pun lama berdiam. Saya suka awak tapi sedihlah begini,” luah peminat.