fbpx

Umum mengetahui sejak awal tahun lalu, pelakon dan pengacara Diana Amir dilihat sudah mula memakai niqab dan penampilannya itu mendapat reaksi positif daripada netizen.

Memetik Media Hiburan, Diana berkata keputusannya untuk berhijab membuatkan dia memahami bahwa kematian sangat hampir dengan dirinya.

BACA: Enggan Muncul Di Kaca TV, Diana Amir Ucap Selamat Tinggal Dunia Seni

Menurutnya lagi, mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas difikirannya selama ini namun niatnya adalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.

Tambah Diana lagi, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.

“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” katanya.

Sementara itu, Diana berkata dia menyedari bahawa kematian itu semakin hampir dan kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.

“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.

“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata. Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” katanya.