Kematian Adibah Noor Buat Ustaz Kazim Rasa Malu
Pemergian penyanyi Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu ternyata mengejutkan ramai apatah lagi ramai tidak tahu arwah menghidap kanser ovari, termasuk ahli keluarganya.
Melihatkan arwah marahsiakan sakitnya selama ini turut menyentuh hati pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias yang meluahkan rasa malu di atas kesabaran penyanyi itum engharungi derita penyakitnya itu.
BACA: “Siapa Yang Tak Percaya Sihir, Maknanya Dia Tolak Al-Quran & Murtad” – Ustaz Kazim
“Kita kenal Allahyarham seorang yang sihat selama ini apabila melihat di kaca televisyen. Tiba-tiba sahaja dia menjadi kurus sebelum meninggal dunia.
“Rasa satu tamparan buat saya. Saya malu dengan Allah dan dengan arwah sebab dia sakit tidak ada seorang pun yang tahu. Jika ada pun arwah minta supaya tidak ceritakan kepada orang lain.
“Berbeza dengan saya, satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap dan tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Kazim melihat tindakan arwah merahsiakan sakitnya sebagai satu pengajaran untuk lebih bersikap sabar seperti yang dituntut dalam Islam.
“Nak buat macam mana, saya pun tak nak cerita saya sakit jadi viral. Tapi, nak buat macam mana, kan?
“Jadi, pengajaran pada saya… sakit simpan elok-elok. Rahsia. Kalau Almarhum boleh simpan sakit dia sampailah hari kematian dia, jadi kenapa saya tak boleh tiru dia,” katanya.
Terdahulu, Ustaz Kazim mengejutkan ramai apabila mendedahkan mengenai penyakit misteri dihidapinya. Dedah Ustaz Kazim lagi, beliau telah diserang penyakit berkenaan sejak tahun 1997.
Menurut Ustaz Kazim, penyakit misteri dihidapinya itu menyebabkan kulit wajah, kaki, perut dan beberapa bahagian lain menjadi kehitaman serta mengeluarkan darah.
- SUMBER
- mStar Online
apa cerita mahad tafiz yg ramai kena liwat tu… tutup ke masih operasi? mashaAllah syukran jazilan
Baik ustaz dan berterus terang. .merendah diri dgn org lain yg secara kasarnya kelihatan x sebaik ustaz.
Sy pun nk muhasabah diri
Kes liwat ditutup. Tutup sekolah. Tutup mulut. Mungkin ujian bertimpa2 tu adalah balasan dunia atas budak2 yang diliwat tapi tak ada pembelaan.
Aku tertinggal bakul bawang ke ni? kes liwat apa? membabitkan siapa?
Tulis buku pasal diri sendiri (airmata dakwah konon),
Buka pusat tahfiz pastu penuh masalah pastu tutup camtu je,
Siap berlakon filem pasal diri sendiri,
Sibuk mengejar duniawi dulu masa PH buat sekatan tak bagi ustaz-ustaz PAS dengan UMNO keluar tv dia buat kenyataan konon kata lepas ni nak kerja apa takkan nak jadi LGBT macam mana nak bayar alphard,
And the list goes on and on….
Pokok pangkalnya, yakin sangat kena sihir, entah-entah balasan ALLAH.
Sbb tu aku panggil mereka ni ustaz tik tok …
Pengikut pulak ramai ikut aje tanpa berfikir betul ke idak ….
Mereka ni keluarkan pelbagai fatwa merapu …akhirnya pengikut songsang
Dia memang bagus kan sebab buka tahfiz dan Pendakhwah. Jgn lah kecam ustaz apapun itu antara dia dgn Allah. Balasan org kita jgn kaitkan. Nanti balasan kita org kaitkan jugakk mau ka? Itu pesan ustazah aku.
Budak tahfiz sekolah mana2 pun, korang ingat tak ader perangai kaki liwat ker?? Merata aku jumpa perangai lagi setann. Jgn sebab UKE nie popular korang hentam. Dah perangai anak sendiri macam setan LGBT
Dia ni kena balasan sekarang di atas dunia ni atas sebab kes kes tu la. Tapi apa apa pun aku tak boleh maaf kan apabila ada kes jenayah seks yang melibatkan kanak kanak. sebab tu la aku dah hilang respek kat mamat ni
Aku dah menyamoah denganmamat ni. Meluat. Bosan. Mengada ngada.
Sepatutnya dan selayaknya
SAPA LIWAT BUDAK2 DALAM TAHFIZ TU.
INGATKAN AKU SORANG JER RASA JANTAN NI BERLAKON DAN PURA2.
PATUT LAH PUN KENA SAKIT KULIT TU SEBAB BARANGKALI MAK BAPAK YNG KENA LIWAT TU YG HANTAR