fbpx

Kemaskini Resume Anda, Ribuan Kerja Kosong Menanti Mulai 15 Jun

Ramai rakyat Malaysia sedang diuji hebat ketika pandemik COVID-19 melanda negara termasuklah antara mereka yang kehilangan pekerjaan akibat kelumpuhan aktiviti untuk menjana ekonomi negara.

Namun ada berita baik untuk mereka yang sedang mencari kerja baru ketika ini apabila kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bakal memberikan peluang pekerjaan bermula 15 Jun ini menerusi inisiatif PENJANA Kerjaya.

Majikan dan pencari kerja boleh mula membina profil mereka menerusi pautan MYFutureJobs bermula 15 Jun ini dan anda boleh mengikuti langkah berikut untuk mula memadankan kerja yang bersesuaian dengan kemahiran anda.

Dan bermula pada 1 Julai nanti, majikan boleh mula memilih calon yang bersesuaian dengan pekerjaan yang ditawarkan untuk langkah pengambilan pekerja seterusnya. Memang mudah apabila ada inisiatif PENJANA Kerjaya ini.

Orang ramai yang mencari kerja terutamanya belia mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan pekerjaan baru untuk meneruskan perjalanan kerjaya mereka selepas ini.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai PENJANA Kerjaya anda boleh menghubungi talian hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau e-mel [email protected].

Ayuh kita kerja semula untuk masa depan lebih cerah!