fbpx

Kemalangan: Nazim Othman Risau Keadaan Otak

Inilah dikatakan malang tidak berbau apabila Nazim Othman terlibat dalam kemalangan di lebuhraya MRR2 semalam. Bagaimanapun, Nazim memaklumkan, dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun bimbang kemalangan itu memberi kesan kepada otaknya.

BACA: Gambar Di Sekitar Resepsi Nazim Othman, Bella Dally

“Syukur tiada kecederaan serius di badan. Cuma kepala sahaja yang terhantuk ketika kejadian. Saya risau jika ia memberi kesan kepada otak apatah lagi sebelum ini pernah menjalani pembedahan,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai kemalangan yang dialaminya semalam.

Difahamkan kejadian malang tersebut berlaku ketika Nazim dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas selesai dengan urusan pengambarannya. Dalam kejadian itu, kereta Nazim telah dilanggar dari belakang serta berlaku kerosakan pada bahagian kereta beliau.

Apapun, diharap tiada kecederaan serius berlaku pada Nazim, lebih-lebih lagi pada bahagian kepala sebagaimana sebelum ini beliau juga pernah mengelami kecederaan di kepala. Semoga Nazim tabah dengan dugaan yang diberikan dan cepat sembuh. (rkty/w)