fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut antara Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey sehingga satu demi satu pendedahan dibuat.

Terbaru, perkongsian Zarina atau lebih mesra disapa Anju mnejadi perhatian apabila keluarga bekas tunangnya datang bertemu dengannya.

BACA: “Kalau Aku Ni Penagih, Kaki Pukul Anak, Kenapa Bagi Jaga Anak Kau?” – Zarina Anjoulie

Menerusi perkongsiannya itu, Anju berkata dia memilih untuk menjaga hubungan silaturahim dengan keluarga bekas tunangnya walaupun konflik antara mereka masih berterusan.

Dalam entri tersebut, Anju turut memuat naik gambar bersama keluarga bekas tunangnya. Malah, Khazrul turut kelihatan dalam kunjungan tersebut.

Menurut Anju lagi, dia tidak memberikan sebarang komen dia media sosial selepas ini demi menjaga hubungan antara kedua belah pihak.

“Terima kasih kepada keluarga bekas tunang saya yang sudi datang bertemu saya. Biar apa pun yang terjadi, saya akan sentiasa sayang dan menjaga serta menghormati hubungan kami.

“Satu keluarga saya akan sayang sampai bila-bila. Oleh itu, saya ingin menjaga hubungan antara sesama keluarga. Jadi apa yang berlaku selepas ini, saya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.

“Bagi saya, silaturrahim lebih penting dari mengikutkan hati dan perasaan. Mereka sentiasa melayan saya dengan baik dari dulu sehingga sekarang,” tulisnya