fbpx

Keluaran Huawei Nova 4 Yang Menawan Ini Melengkapkan Lagi Gaya OOTD Anda

Zaman sekarang ini ramai yang gemar berkongsi gambar Outfit of The Day (OOTD) di laman media sosial. Tapi bosan juga tengok gambar OOTD anda yang tidak menyerlah dan menarik itu.

Jika anda inginkan gambar OOTD anda meletop dan dapat beribu like pemilihan kamera pada telefon bimbit sangat penting tahu!

Dengan menggunakan Huawei Nova 4:The Pinnacle of Beauty ini pasti gambar anda setanding Hannah Delisha.

Anda pastinya ingin tahu kenapa gambar anda setanding selebriti pujaan ramai itu bukan? Mana tidaknya, Huawei Nova 4 ini dilengkapi dengan tiga lensa kamera belakang, dan satu lensa kamera hadapan.

Tiga lensa belakang adalah gabungan lensa utama 20MP, lensa ultra lebar 16MP (F2.2) dan lensa pengesan kedalaman 2MP (F2.4).

Bagi kamera hadapan, ia dipasang lensa 25MP yang terletak di dalam lubang di sudut atas skrin. Kamera hadapan juga dilengkapi dengan perfect angle selfie, video ringtone, AI video showreel yang menjaminkan gambar dan video yang menarik.

Nak-nak lagi, Huawei Nova 4 disokong dengan 300 jurutera yang mengambil masa dalam 12 bulan dalam R&D dengan 20,000 prototaip – mencapai lubang 20% lebih kecil daripada standard industri.

Cuba anda bayangkan jika kamera sehebat ini mana mungkin gambar mahupun video OOTD anda tidak meletop di media sosial.

Bukan sahaja tampil dengan sentuhan LCD, Huawei Nova 4 juga akan memberikan anda keselesaan apabila tiada lagi bahagian kamera hadapan yang menggangu anda untuk zoom gambar anda sepuas mungkin.

Jika dahulu skrin telefon anda akan berkongsi dengan kedudukan kamera hadapan kali ini dengan Nova 4 kamera hadapan akan diletakkan pada bahagian lapisan bawah skrin.

Meskipun, kamera hadapan tersembunyi rapi, tetapi anda jangan tak tahu kamera hadapan Nova 4 ini dilengkapi dengan sensor jarak cahaya di bahagian atas, pertunjuk LED dan juga micro-seam earpiece.

Senang cerita, walaupun kamera tersembunyi pada bahagian hadapan gambar anda akan super duper cantik jika diambil menggunakan Huawei Nova 4: The Pinnacle of Beauty.

Nak-nak lagi, Huawei Nova 4 yang tampil dengan skrin nirbingkai berlubang buat pertama kalinya dalam pengeluaran Huawei ini mempunyai saiz skrin sebesar 6.4-inci HD Penuh+ dengan paparan 2310×1080 pixel.

Huawei Nova 4 ini menggunakan cip Kirin 970 dan mempunyai RAM sebesar 8GB dengan storan dalaman kekal 128GB.

Bagi anda yang gemar selfie dengan rakan-rakan sambil kongsi OOTD ini pilihan terbaik anda. Sudahlah boleh simpan beribu gambar dalam telefon bateri pula sebesar 3,750mAh dengan menggunakan pengecas pantas 9V2A, melalui port USB-C.

Jangan anda tak tahu Huawei Nova 4 turut memiliki pengimbas capjari yang terletak di belakang, dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk sambungan fon kepala berwayar.

Nak lengkap lagi gambar OOTD anda Huawei Nova 4 ini tampil dengan pelbagai warna moden yang boleh memberikan lagi keceriaan pada gambar anda.

Terkini, Huawei Nova 4 kini telah pun berada di Malaysia pada 14 Februari lalu dan kini telahpun dijual di seluaruh negara.

Bagi anda yang suka bergambar tu jangan lupa dapatkan Huawei Nova 4 di semua outlet Huawei Brand mahupun pembelian dalam talian.

Maklumat lanjut layari Facebook Huawei dan laman rasmi ini.