Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon
Namanya lebih dikenali ramai selepas membintangi drama Sweet Dream, pelakon Ben Amir mengakui popularitnya sedikit menurun susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang di laksanakan pada 18 Mac lalu.
Menyedari bahawa kehidupan sebagai anak seni ada naik turunnya, Ben berkata dia kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan selepas enam bulan tidak berlakon.
BACA: “Ben Amir Tu Memang Adik Saya, Tak Tahu Ke?”
“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas… graf naik tapi sebab PKP, jatuh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik… namun apabila dah jatuh kena naik balik.
“Sekarang ni masa untuk pemulihan selepas enam bulan tak berlakon, ” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Ben berkata dia gembira apabila mengetahui Mira Filzah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi serta berharap bakal suami akan mengizinkannya untuk terus berlakon.
“Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan… saya selesa berlakon dengan dia.
“Tentang jodoh? Saya lambat lagi dalam dua, tiga tahun lagi. Bagi betul-betul stabil, calon pun tak ada. Tengah kenal-kenal,” ujarnya.
- SUMBER
- mStar Online
Dia akan jadi isteri org, jadi biarlah mrk suami isteri nnt yg decide x payah org lain nk sibuk2. Ko patut sibuk pikir masa dpn ko, kerja ko, life ko sendiri.
Mcm masa depan kamu tergantung kat dia sis? Versatlielah sikit. Buktikan yg kejayaan drama tu kerana diri kamu. Bkn kerana populariti mira masa tu.
Trend artis perempuan mlysia lps kahwin biasanya drop lah sbb drama popular kebanyakannya genre cinta. Kita yg tgk pun rasa x selesa bila artis2 dh berkeluarga terlebih aksi sweet dgn psgn dlm lakonan.
Mmg pun Ben ni berlakon dah lama saing Syahrul Ridwan, Safieq Kyle, Hafreez Adam, Fendi Bakri, Hafiz Roshdi, Nazrif Nazri yg semuanya berasal dari hero remaja tahun 2012. Tp mmg agak mendatar je graf populariti dia sampai drama dia berlakon dgn Mira ni baru nmpk popular skit.
HmmmmmMmmm…..hensem betul ben amir ni…..hmmMmmmm….mi pan sususu kuskuskus nyamnyam NYAMMMMM…geram nengoknyer huhu
Ko dh kenape kamal hariss. Yihh
Kamal haris ni nk kn lempang laju2 ni..br sedar diri..
Komen kamal harris x pernah x menjijikkan.
Go get a life