fbpx

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra ada memuat naik video memaparkan dirinya keluar dari sebuah bangunan dipercayai pejabat agama.

Menerusi video itu, Serra mengenakan jubah serba hitam masuk ke sebuah kereta sambil di tangannya memegang fail.

BACA: “Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” – Isteri Shuk

@rossa.sera

?? #fyp #ytjtab

? Bertahan Terluka – Fabio Asher

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah kelibat seorang lelaki yang berada di tempat pemandu sekaligus menimbulkan tanda tanya siapa gerangan individu berkenaan.

Diruangan komen, ada netizen mendakwa individu berkenaan kelihatan seperti Shuk Sahar namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat mungkin Serra dan Shuk sudah pun berbaik demi kepentingan anak-anak yang masih kecil.

Awal November tahun lalu, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.