fbpx

“Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” – Isteri Shuk

Perkongsian video di aplikasi TikTok isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila mendakwa ramai mengatakan wajahnya mirip mendiang pelakon Thailand Tangmo Nida.

Menerusi video tersebut, Rossa memuat naik video penampilan terbarunya memakai jubah berwarna hijau yang kelihatan lebih langsing dan cantik.

BACA: Rossa Dipuji Semakin Kurus & Menawan, Netizen Kata Menangis Shuk Tengok

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo? Yeke?” tulisnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripad netizen yang kurang bersetuju dengan dakwaan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Malah, ada yag mengatakan kenyataan Rossa itu hanya ‘syok sendiri’. Tidak kurang juga ada yang meminta Rossa supaya tidak membuat konten seperti itu kerana boleh memalukan dirinya sendiri.