fbpx

“Kekuatan Jantung Saya Hanya 27 Peratus Sahaja” – Ebby Yus

Pelakon Ebby Yus berkata dia mungkin perlu menjalani awatan dialisis berikutan penyakit buah pinggang yang dialaminya.

Memetik Astro Awani, Ebby berkata doktor memaklumkan keadaan jantungnya juga sangat lemah dengan kekuatan sekitar 27 peratus sahaja.

BACA: Ebby Yus Dapat Bantuan RM56,000 Bina Rumah Baru

 “Baru-baru ini doktor keluarkan air yang telah memasuki paru-paru dan jantung saya. Doktor mengingatkan saya kalau keadaan memaksa, dialisis adalah pilihan terakhir yang perlu dibuat… begitu juga dengan jantung saya hanya ada kekuatan 27 peratus sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, Ebby dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama seminggu berikutan keadaan kesihatannya yang menurun.

Malah, Ebby turut dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat. Kongsinya, sebelum dimasukkan ke hospital, badannya terlalu lemah.

“Sebelum masuk HKL, tubuh saya terlalu lemah sehingga tidak mampu berjalan dan saya juga sesak nafas sehingga terpaksa meminta kawan segera menghantar saya ke HKL. Selama di HKL, doktor tebuk keluarkan air dan saya dirawat dalam ICU,” katanya .

Meskipun berdepan ujian dari segi kesihatannya, namun Ebby meluahkan rasa syukur kerana diberikan rezeki yang tidak putus buatnya.

“Saya bersyukur kerana masih ada kerja lakonan yang ditawarkan kepada saya. Ada sahaja undangan berlakon komedi yang saya terima… tapi terbatas untuk penggambaran dalam studio sahaja. Kalau di luar studio maaf saya tidak dapat menerimanya kerana keadaan kesihatan saya,” katanya.