Ebby Yus Dapat Bantuan RM56,000 Bina Rumah Baru
Disember lalu pelakon dan pelawak Ebby Yus berdepan dugaan besar apabila rumahnya di Hulu Langat, Selangor yang masih dalam pembinaan dihanyutkan banjir besar.
Namun, disebalik ujian itu ada sinar buat Ebby apabila menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.
BACA: Paru-Paru Mungkin Ditebuk, Ebby Yus Mohon Doa Orang Ramai
Menurut Ebby, pembinaan rumah bantuan itu didirikan di tapak tanah lama miliknya dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.
“Saya menerima sumbangan daripada kerajaan iaitu rumah mesra rakyat yang dibina dengan harga RM56,000. Pembinaan rumah baharu saja didirikan empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.
“Pembinaan masih di tapak sama, cuma rumah itu dibuat ke dalam sedikit supaya berjauhan dari sungai. Risau kejadian yang sama berulang pula pada masa hadapan.
“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai bantuan daripada peminat, rakan selebriti dan menteri cuma mereka enggan nama didedahkan. Saya juga menghargai peminat dari Singapura iaitu Haji Taib mewakili SIAEC Legends dan Veterans yang banyak menyumbang,” katanya.
Sementara itu, Ebby turut berkongsikan keadaan kesihatannya yang perlu menjalani rawatan susulan di hospital serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya.
“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebuk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.
“Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Suka dia ni. Moga2 semua baik2 saja yg mendatangi dia. Aminnnnn…
Ebby sebut le bebetul umah mesra rakyat tu sumbangan dr kjaan pusat ke negeri selangor..sb kjaan pusat pn yg perintah..kjaan selangor ph yg perintah..nk tgk gak kjaan mana yg mulia ht tu bg umah kat awak..
@intan tk yah nko nk EMO sngt! Dulik la sumbangan dri sapa pn, waima org tua nie ada tmpat teduh syukur alhamdulillah.. Mudah2an sihat sedia kala.. Muahhh cikeddd
Apa jd dgn makcik yg rumah tinggal tangga je dulu?
Ooo..makcik tu mungkin x dpt bntuan umah mesra ni sb dia bukan retis hahaha
Mak cik tu Ust Ebit Liew dah tolong lepas viral makcik tu tak dapat bantuan.