fbpx

Kekal Awet Muda Di Usia 42 Tahun, Ramai Puji Kecantikan Sarimah Ibrahim

Kemunculan Che Puan Sarimah Ibrahim di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam tadi ternyata mengubat kerinduan ramai untuk melihat penyanyi itu kembali beraksi.

Menyanyikan lagu Kini Kau Tiada berduet bersama Elly Mazlein, ramai yang teruja melihat penampilan khas Sarimah itu yang sudah lama tidak muncuk di kaca televisyen.

BACA: Sokong Palestin, Pengikut Sarimah Ibrahim Turun Mendadak

Sementara itu, di laman Twitter ramai yang memuji kecantikan Sarimah yang tetap kelihatan cantik dan awet muda meskipun sudah berusia 42 tahun.

 

Bukan itu saja, ada yang berseloroh mengatakan Sarimah seperti Vampire kerana tidak nampak tua langsung dan sama saja seperti dahulu.

Dalam pada itu, Sarimah dilihat ada memuat naik status di laman Twitter mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan peluang untuknya melepaskan rindu dalam bidang pengacaraan.