fbpx

Anzalna Nasir Jual Baju Preloved Anak, Bantu Golongan Memerlukan

Simpati dengan nasib ramai rakyat Malaysia yang terkesan dan terjejas pendapatan susulan pandemik Covid-19, ramai selebriti tampil menghulurkan bantuan.

Termasuklah pelakon Anzalna Nasir yang mempunyai inisiatif sendiri dengan menjual pakaian terpakai anaknya, Mohamad Eidress dan hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

BACA: Tengok Meja Penuh Makanan, Anzalna Nasir Sebak Teringat Orang Susah

Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna berkata dia menjual pakaian berjenama anaknya dengan harga berpatutan dan kebiasaannya jualan tersebut akan ‘sold out’ dalam masa 10 minit.

Di atas permintaan, Anzalna usahakan juga dan dapat kumpul baju-baju Eidrees untuk dijual preloved supaya duit itu sedikit banyak dapat menolong mereka yang memerlukan dan saya tahu followers @prelovedbyeidrees tak sabar! Selalunya upload baju-baju Eidrees tak sampai 10 minit habis dijual,” tulisnya. 

Sementara itu, menerusi satu entry Anzalna memaklumkan jualan baju preloved anaknya itu sudah habis terjual dalam masa 5 minit sahaja.