fbpx

Bermula dengan kisah perniagaan yang berjaya pada tahun 2016, Nur Shahira Romli, atau lebih mesra dengan nama panggilan Shera, pemilik jenama Sheralee.my kini perlu lebih tabah berhadapan dengan cabaran global, pandemik COVID 19.

Pernah kehilangan lebih dari RM 500 ribu dalam perniagaan pada tahun 2017 telah membuatkan Shera lebih berjaga-jaga dalam memilih strategi perniagaan. Kehilangan kepercayaan merupakan punca utama kepada penyakit Anxiety Disorder yang dialami oleh Shera. Bayangkan, dari memiliki bangunan dua tingkat yang lengkap dengan fasiliti butik pakaian muslimah dan pejabat pengurusan sehinggalah ke fasa kejatuhan di mana mereka terpaksa bungkus dan hanya beroperasi di rumah sahaja.

Kebangkitan jenama tudung tempatan sheralee.my pada hujung tahun 2019, seolah-olah memberikan sinar baru buat Shera. Baru saja nak mula bernafas dengan tenang, virus pandemik Covid 19 telah mengubah norma dunia sekaligus telah membuatkan Sheralee.my kehilangan punca rezeki apabila dua buah kedai di Nu Sentral dan juga di Cyberjaya tidak dibenarkan beroperasi. Push Cart di Nu Sentral, merupakan lucky Charm buat Shera Lee kini perlu ditutup atas alasan, tidak mahu membahayakan pelanggan dan juga pekerjanya. Disebabkan oleh kekangan ini, Shera nekad untuk meneruskan perjuangan di dalam dunia business ONLINE.


“Jujurnya, ramai yang clueless bila nak cuba tudung atau printed shawl ni tapi kami jadikan pelanggan ni macam BFF kami! Kita teman dia, bantu buat keputusan sampai dia puas hati. Saya tak nak suka hati lepas tangan, walaupun orang beli barang harga sekadar RM25. Obses nak layan pelanggan sampai puas hati tu memang perangai saya sampai kadang-kadang pekerja saya pun pelik dan tak tahan!” Ujar Shera yang kini sedang sibuk melancarkan promosi tudung di laman web nya yang mesra pelanggan, www.sheralee.my.

Cara Shera Lee menggunapakai segmen digital marketing juga menarik kerana selain daripada percaya pada kualiti kandungan (content) di media sosial, pendekatan yang baru juga perlu dicuba. Shera Lee turut menggunakan TIK TOK untuk menarik perhatian pelanggan muda untuk mencuba koleksi terbaru mereka. Waahh! Siapa sangka, main TIK TOK boleh buat duit kan? Usahawan digital ini macam dah jumpa cara yang sesuai untuk korang yang buntu nak pasarkan produk dengan cara moden lah!

Walaupun, hampir putus asa dengan segalanya tapi kini di dalam norma baharu ini, pasukan Shera Lee kembali membawa kelainan yang menjamin kepuasan hati khas untuk pelanggan jenama hijab, SHERA LEE.

Kalau nak cuba layanan sampai pelanggan puas hati, boleh lah cuba DM dan layari laman web mereka untuk merasai sendiri. Sebab sekarang ni kan tengah famous kes, beli baju mahal tapi nak refund makan masa sebulan? Cuba pula, dengan Shera Lee, mana tahu anda akan lebih puas hati! Tapi, dia jual tudung je guys, bukan jual baju tau!

Antara Pandangan Pelanggan Yang Selesa Dengan Layanan Dan Kualiti SherA Lee