fbpx

Kecoh Video Lucah Mirip Pendakwah, Polis Akan Keluar Kenyataan

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial dakwaan penularan sebuah video lucah dan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata pihaknya akan meneliti dakwaan tersebut dan satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat.

Sebelum itu, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati ada sebahagian turut memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.

Ada juga mengaitkan ramai menjadi mangsa seksual individu yang dikaitkan perlu berani tampil membuat laporan sambil memberi beberapa nombor untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.