fbpx

Kecoh Dakwaan Nikah Di Songkhla, Marissa Dania Tetap Tenang

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan sudah bernikah dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand.

Meskipun kecoh mengenai dakwaan berkenaan, namun Marissa masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

BACA: “Ajar Hati Terima Keadaan Tanpa Membenci” – Madu Marissa

Hasil tinjauan mendapati, Marissa dilihat tenang meneruskan kehidupan seperti biasa apabila memuat naik point of view (POV) dirinya berdiri berdepan alatan solekan di Insta Story dipercayai sedang bersiap untuk menjalani sesi penggambaran.

Sebelum ini, ‘madu’ kepada Marissa iaitu Misya Mazlan dilhat ada memuat naik luahan seakan reda dengan ketentuan dan dirinya kini lebih tenang serta menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Terdahulu, kakak Misya iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.