fbpx

Kecantikan Anak Gadis Abby, Norman Jadi Perhatian

 

Sejuk hati bila melihat dua keluarga bahagia Norman Hakim dan Abby Abadi. Mana tidaknya, walaupun sebelum ini pernah terpalit dengan konflik rumah tangga, kini dua keluarga besar ini dah macam adik-beradik.

Pergi bercuti sama-sama, sambut hari jadi bersama dan semuanya bersatu. Abby Abadi dan Memey Suhaiza pun saling sayang-menyayangi.

Umum mengetahui, Abby Abadi dan Norman dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.

 

Apa yang menjadi perhatian ialah anak gadis pasangan ini iaitu Marissa Dania yang cantik seperti ibunya.

Siapa sangka Marissa baru saja berusia 13 tahun. Baru tingkatan satu dah cantik macam ni. Memang ramai gadis-gadis di luar sana makan hati melihat gadis secantik bidadari ini. Pandai mengaji pulak tu. Memang ciri-ciri menantu pilihan.