Sejak minggu lalu, susulan penamatan kontrak bekas penyampai stesen radio Tyzo Xander, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin menerima kecaman teruk daripada netizen.
Memetik Oh Bulan, DJ Lin berkata dia tidak kisah dikecam oleh netizen namun meminta agar tidak melibatkan anak-anaknya dalam isu tersebut kerana mereka tidak bersalah.
BACA: Tyzo Minta Sambung Kontrak 6 Bulan Saja, DJ Lin Jadi Mangsa
“Tak dinafikan saya terima kecaman berterusan malah kepada anak-anak saya sendiri. Pada saya, anak saya tak bersalah. Nak kecam ke apa kecam saya tapi jangan sentuh anak anak saya, mereka tak bersalah.
“Anda menghukum mereka tanpa alasan yang kukuh, anda menggelar ibu mereka macam-macam. Mereka juga manusia yang ada emosi ada hati.
“Cuma kalau boleh saya nasihatkan, menghukum biarlah lepas kita mengetahui kenyataan yang sebenar. Itu baru adil,” katanya.
Dalam pada itu, DJ Lin berkata dia percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku terhadap dirinya.
“Bagi saya apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan jadikan sesuatu tanpa hikmah. Saya tak tahu apa hikmah itu tapi saya percaya satu ketika netizen yang menghentam, yang mencaci maki saya itu akan sedar bahawa kenyataan adalah kenyataan. Itu adalah pasti,” katanya.