“Keadaan Siti Sarah Sekarang Sangat Tidak Baik”
Memaklumkan perkembangan terbaru mengenai Siti Sarah, Shuib berkata keadaan isterinya kini berada pada tahap yang kurang baik.
Menerima perkhabaran mengenai perkara itu sebelum majlis bacaan Yasin malam tadi, Shuib berkata bacaan oksigen isterinya itu pula berada pada tahap yang rendah.
BACA: Bapa Siti Sarah Turut Bersedih, Namun Enggan Ditemubual
“Sebelum majlis bacaan Yasin ini, doktor maklumkan keadaan Siti Sarah sangat tidak baik. Saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa keadaan kesihatan Siti Sarah sangat tidak baik dan bacaan paras oksigennya pula hanya 40.
“Sekarang pihak hospital sedang cuba untuk terbalikkan Sarah,” katanya sebelum majlis bacaan Yasin secara virtual sebentar tadi.
Semalam, Shuib memaklumkan isterinya sudah ditiarapkan dengan paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan.Menurut Shuib lagi, doktor juga memberitahu ada sedikit darah beku di paru-paru isterinya.
- SUMBER
- Kosmo!
Sabar banyak2 Shuib. Teruskan membaca ayat2 suci semoga dipermudahkan urusan untuk isteri disamping memberi ketenangan pada diri. Cuba kawal diri dgn redha apa saja kemungkinan. Ye, semua orang senang untuk berkata2 tapi tak mudah untuk orang yg menghadapinya… Semoga Allah permudahkan semuanya…
Ya Allah kesian pd anak2 kecik lagi pulak tu! Semoga besok lebih baik keadaanya..
Semoga Allah memberikan mujizat kesembuhan buat sarah bukan sj beliau malah semua pesakit covid yg sedang bertarung nyawa d icu..semoga mereka kembali sedar dan sembuh dgn izin tuhan amen…
Kepada anti vaks sudah2 la menghasut org dlm Fesbuk. Tolong la pikir keluarga tersayang.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah yg Maha berkuasa, Maha menyembuhkan penyakit, tiada daya dan upaya kami melainkan dgn izinMu jua, berilah kesembuhan buat mereka yg tlh dijangkiti, ampunilah dosa2 kami Ya Allah. berilah kesembuhan buat siti Sarah kembali pulih,, kuatkan dan tabahkanlah ahli kluarganya.. Aamin Ya Rabbal Alaminn.
“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesakitan dan berilah kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Mengasihani…Kasihanilah hambaMu Siti Sarah dan semua yang sedang bertarung nyawa dan derita akibat covid ini…Berilah kesembuhan dan angkatkan lah kesakitannya Ya Allah…Sesunggguhnya hanya padaMu tempatku meminta…terima lah doa ini ya Allah..amin3 yra…”
Semoga semua baik2 utk sarah dan shuib.. ya Allah.. beratnya dugaan
Ya Allah Ya tuhan ku yang Maha berkuasa lagi Maha mengasihani sembuhkan lah penyakit Siti Sarah dan permudahkanlah urusan perubatannya..Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rab
Semoga Sarah cepat sembuh serta dapat melawan penyakit ini & semoga Shuib, anak2 diberi kekuatan…Aamiin. Kita sama2 doa…
*Kesian…kepada semua kalau takde apa yg baik nak comment tak payah la cakap yg tak elok, ingat hidup ni mcm roda berpusing…tak salah kita tahan rasa sifat nak mengutuk dan, rasanya tak rugi apa pun kalau kita doakan org lain.
Meninggal dah siti sarah…. Semoga ditempatkan bersama org2 berima
Innalillahwainnailahirrojiun…Semoga Siti Sarah ditempatkn bersama yg beriman..Allahu sedihnyer
Aku nangis. Alfatihah . Syurga terus buatmu.
Innalillahwainnailahirrojiun….Salam Takziah buat Shuib Sekeluarga.
Sgt2 Sedih Berita Hari ni…..xdapat nak dibayangkan…..
Moga2 Allah ampunkan segala dosa2 Sarah dan tempatkan Sarah di tempat yg tertggi Di JannahNya…..serta para Solehin dan Para Anbiya’ amiiiinnnn2 Ya Rabbal’alamiiinnnnn……
Innalillahwainnailahirrojiun….Salam Takziah buat Shuib Sekeluarga.
Sgt2 Sedih Berita Hari ni…..xdapat nak dibayangkan…..
Moga2 Allah ampunkan segala dosa2 Sarah dan tempatkan Sarah di tempat yg tertggi Di JannahNya…..serta para Solehin dan Para Anbiya’ amiiiinnnn2 Ya Rabbal’alamiiinnnnn……
Ya sgt2 sedih….anak2 kecil lagi….
Innalillahi Wainnailahirrojiun….
Salam Takziah buat Shuib Sekeluarga.
Sgt2 Sedih Berita Hari ni…..xdapat nak dibayangkan…..
Moga2 Allah ampunkan segala dosa2 Sarah dan tempatkan Sarah di tempat yg tertggi Di JannahNya…..serta para Solehin dan Para Anbiya’ amiiiinnnn2 Ya Rabbal’alamiiinnnnn……
meninggal disbbkn wabak dan melahirkan dijauhi siksa kubur..inalilllah..semoga wabak ini diangkat sepenuhnya..amin YRA
Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun…Semoga Allah ampunkan segala dosa arwahyarhamah Siti Sarah,
Semoga Allah terima segala amalan beliau & mengangkat darjatnya disisi Allah…Aamiin.
Semoga pemergianya menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia…damailah disisi Allah SWT…sedih