Pelawak Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur meskipun berdepan fasa sukar kerana masalah hutang namun isterinya, Watie Hanafiah sentiasa membantu dan berada di sisinya.
Memetik mStar Online, Shuib berkata anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra juga turut membantu meringankan beban kewangannya serta meluahkan rasa syukur anak keduanya itu memerima banyak tawaran persembahan.
BACA: “Rindu Nak Jumpa Dia & Bergurau” – Shuib & Rahim Akhirnya Berdamai
“Saya bersyukur kerana saat diuji masalah bebanan hutang semua tapi ada orang kuat sentiasa ada iaitu isteri, dia (Watie) banyak bantu saya dalam ekonomi sekarang ini… Watie tahu duit saya ada banyak mana.
“Ramai tak tahu, bila pergi bercuti isteri saya yang bayarkan bukan saya malah semuanya adalah tajaan kecuali tiket kapal terbang saja, syukur juga sebab anak kedua Thalita pun sekarang murah rezeki banyak tawaran nyanyian sampai boleh bantu saya sikit,” katanya.
Sementara itu, Shuib turut mengakui kehidupannya kini ‘struggle’ dan tidak mahu berselindung lagi bahawa hidupnya tidak mewah lagi.
“Saya kena bersikap lebih real sekarang ini sebab semua orang kena tahu keadaan saya yang tidak lagi mewah macam dulu, saya sekarang sangat struggle dalam mencari rezeki dan untuk lunaskan baki hutang,” katanya.
Sumber: mStar Online