fbpx

“Kaya Tidak Menjamin Adab Dan Kebijaksanaan”

Baru-baru ini, dilanda ribut akaun Instagram Aliff Syukri dan juga Fazley Yaakob gara-gara apa yang diperkatakan oleh usahawan kosmetik itu. Tidak dinafikan, pendapat yang disuarakan oleh Fazley adalah suara-suara netizen yang turut merasakan perkara yang sama.

BACA: “Kurang Ajar Aliff Syukri Panggil Wanita Itu Hodoh”

“Maaf.. its too much jika sekadar untuk marketing. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur racist terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya”

“Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih.. apa nak jadi orang-orang kita ya? Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila”

“Marketing harus bijak.. bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan. Seeloknya permohonan maaf harus di usahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!,” luah Fazley di Instagram dan juga Twitter.

Namun di ruangan komen Fazley, ada juga peminat setia Aliff mempertahakankan idola mereka dan menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Fazley hanyalah mengundang dosa. Wow.

Dalam perkembangan terkini, Aliff kini berada di Thailand demi menenangkan diri mungkin. Hebat Gegar Vaganza musim ini kerana tidak henti-henti menjadi buah mulut warga laman sosial. (rtky/s)