fbpx

Kawan Baik Dedah Syifa Melvin, Safawi Rasid Bertunang Awal Tahun 

Sekian lama netizen berteka-teki, Isnin lalu berlangsungnya majlis pernikahan personaliti media sosial, Syifa Melvin bersama kekasih hatinya, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid.

Rupanya dalam diam, Syifa dan Safawi telah pun mengikat tali pertunangan pada awal tahun ini tanpa pengetahuan peminat mahupun pihak media.

BACA: Ibu Minta Netizen Henti Kecam Syifa Melvin

@jaja_talib

Replying to @user3516051538783 Im crying… sumpah sebak sangat. Im happy for u bestiee ??? #syifawi

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Perkara itu didedahkan oleh rakan baik Syifa dikenali sebagai Jaja Talib yang berkongsikan momen bahagia dimana keluarga Safawi datang berjumpa keluarga Syifa untuk merisik dan bertunang.

Menurutnya lagi, dia yang merupakan rakan baik perseonaliti media sosial itu menjadi saksi percintaan Syifa dan Safawi sehinggalah hari bahagia pasangan itu pada Isnin lalu.

Perkongsian Jaja itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji majlis merisik dan bertunang pasangan itu diadakan secara sederhana yang dihadiri keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Dalam pada itu, ramai yang memuji solekan Syifa pada hari pernikahan sememangnya sangat cantik sehingga menaikkan seri wajahnya sebagai pengantin.