fbpx

“Kau Pondan, Tiada Anak” – Che Ta Maki Diva AA

Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa berang apabila pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA memetik namanya dan anak perempuannya, Aaishah Dhia Rana dalam satu perkongsian di Facebook.

Meskipun perkongsian itu tidak menyebut nama Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, namun ianya merujuk kepada aktres berkenaan.

BACA: “Zaman Sekarang Jangan Tayang Suami Dekat Media Sosial” – Che Ta

Sementara itu memetik Kosmo, Che Ta berkata dia tidak tahu punca Azwan sengaja memuat naik hantaran berkenaan memandangkan kes melibatkan mereka berdua telah lama pun selesai.

“Saya tertanya-tanya, apa masalah ini? Tiba-tiba sahaja. Tak kisah dia (Azwan) nak maki saya tetapi kenapa perlu libatkan anak saya. Sembilan bulan 10 hari mengandungkan dia (Aaisyah), jentik pun tak pernah apatah lagi marah tetapi kenapa dia nak maki begitu?” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata pengacara itu tidak memahami perasaan seorang ibu apabila anaknya dimaki orang lain kerana tidak mempunyai anak.

“Kau pondan, tiada anak. Bukan bapa dan ibu tetapi sedap sahaja cakap anak saya macam itu. Dia belum kena buku dengan ruas lagi. Hari itu emosi saya baik sebab suami pesan tak suka lihat pergaduhan. Bila saya kongsi perkara itu baru-baru ini, memang tengah marah sebab dia mengata anak saya,” katanya.

Bagaimanapun, Che Ta mengakui memadam perkongsian berkenaan selepas dinasihatkan oleh rakannya yang juga seorang ustaz.

“Kawan saya ustaz, dia tegur dan tanya sama ada sekadar konten atau sedang marah. Sumpah memang saya marah dan dia pesan jangan layan sebab perangai kita akan jadi sama seperti orang itu.

“Kemudian saya padam dan memilih untuk berdiam diri tanpa beri sebarang komen walau ada yang datang mencari,” jelasnya.