fbpx

Baru-baru ini tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis  seorang keluarga usahawan yang menjadi bualan netizen.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan sensasi, Kak KM dan penyanyi Ifa Raziah sedang sakan bergelek. Namun, Ifa menjelaskan dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.

BACA: “Kau Ingat Gelek Aku Free Ke? Semua Gelek Aku Masuk Duit Tau” – Ifa Raziah

Bagaimanapun, tular pula video di TikTok dimana Ifa berkata gelekannnya memberi rezeki kepadanya. Menurut Ifa lagi, tiada benda percuma di dunia ini dan dia tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar.

Kenyataan Ifa itu mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki yang menegur kenyataan Ifa yang seolah bangga melakukan aksi tersebut.

Ustaz Ahmad Dusuki turut menitipkan pesanan bahawa setiap manusia akan disoal kelak dimana umatnya itu mendapatkan rezeki.

“Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini…” tulisnya.

Terdahulu, Ifa berkata dia menerima apa-apa sahaja undangan majlis untuk membuat persembahan seperti akikah, perkahwinan, birthday, marhaban termasuklah majlis perceraian asalkan dia dibayar.