fbpx

“Kau Boleh Pergi Ke Neraka” – Sarah Yasmine Enggan Jumpa Ruhainies

Selepas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah, pelakon sensasi Ruhainies mahu bertemu dengan kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Ia susulan pendedahan oleh Sarah sendiri menerusi Insta Story memaparkan mesej perbualan bersama aktres itu di Instagram yang mahu bertemu dengannya bersama Bella Astillah.

BACA: Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Aliff Menangis Merayu Jangan Ditinggalkan

Bagaimanapun, Sarah menolak untuk bertemu dengan Ruhainies kerana mendakwa aktres itu sudah beberapa kali tidak bercakap benar dan kantoi.

Dapat dilihat, Ruhainies cuba untuk memujuk Sarah untuk bertemu dan tidak mahu memanjangkan isu antara mereka serta mengatakan perkara itu sudah pun berlalu.

Turut menjadi perhatian, Ruhainies mengatakan masing-masing sudah matang dan lebih baik jika hentikan kontroversi berkenaan serta mahu semua pihak gembira semula.

Dalam pada itu, diakhir mesej berkenaan Sarah turut berharap Ruhainies ke neraka dan mengatakan Aliff tidak sayangkan aktres itu serta meminta untuk terima kenyataan.