fbpx

Sejak beberapa minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.

Terbaru, kecoh mengenai isu apabila bekas isterinya DDNK iaitu Hasmawatie mendakwa bekas suaminya itu memberi nafkah berjumlah RM5000 untuk tempoh dua bulan kepada anaknya.

BACA: “Biar Gagal Jadi Isteri, Yang Penting Tak Gagal Jadi Ibu” – Rita Rudaini

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang memuat naik artikel mengenai isu nafkah anak DDNK di TikTok.

Menerusi entri itu juga, Rita turut meminta netizen untuk meneka jumlah nafkah yang diberi bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan kepada anak-anak mereka.

“Jutawan bagi nafkah anak RM5,000 je?! Ayooo… JDT player club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkah dekat dua orang anak… cuba teka,” tulisnya.

Bagaimanapun, Rita dilihat tidak mendedahkan jumlah bayaran nafkah yang diberikan Aidil sekaligus ramai netizen tertanya-tanya serta membuat spekulasi.

Sementara itu, diruangan komen ada netizen mendakwa bahawa Aidil hanya memberi nafkah sebanyak RM3,000 sahaja. Malah, ramai yang berkongsikan berdepan isu sama berkaitan hal nafkah anak.

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.