fbpx

Kasut Chuck Taylor Paling Canggih Bakal Anda Pakai Tahun Ini

Kami tahu ramai anda di luar sana yang menjadikan kasut klasik Converse Chuck Taylor sebagai kasut harian dan tahukah anda pihak Converse tahun ini melancarkan versi terbaru koleksi Converse Chuck Taylor All Star II Reflective Print. Sediakan duit poket.

Versi terbaru Chuck Taylor All Star II ini merupakan yang tercanggih dalam tempoh lebih 100 tahun dan ianya menampilkan cetakan corak terkini yang memantulkan cahaya (reflective print) dalam suasana separa gelap — siang mahu pun malam.

Reflective_WhiteCamo

Koleksi Chuck II Reflective Print juga didatangkan dengan tapak selesa Nike Lunarlon selain lidah kasut tidak mudah licin (nonslip padded tongue) dan lapisan micro-suede. Kami sudah cakap belum yang corak pantulan cahaya pada kasut ini memang tahan lama dan juga sangat style!

Kalau anda mahu tahu, kasut ini memang direka dengan keselesaan maksima untuk kegunaan harian. Sama ada untuk anda para pelajar, anda yang sudah bekerja atau untuk perjalanan jauh anda ketika melancong.

Barisan koleksi terbaru Converse Chuck Taylor All Star II Reflective Print ini mula berada di pasaran 3 Mac yang lalu dan ianya berharga dari RM329.90 sahaja. Apa tunggu lagi, sudah sampai masa untuk gayakan kasut baru tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=f5HZ530xU94