fbpx

Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB Telah Tiba Lagi!

Usah risau, untuk eKUD@KPLB 2020, pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menggunakan platform atas talian bagi menjayakan karnival ini.

Dari barangan makanan, produk spa, kosmetik, makanan tambahan ataupun produk-produk seperti fesyen, aksesori dan kraftangan, semuanya ada!

Tiga Hari Berturut Ada Jualan Mega

Sila lock tarikh 4 hingga 6 Disember ni awal-awal dekat reminder handphone anda!

Mesti ramai tak sabar tunggu live streaming sales untuk berbelanja kan. Jadi, anda semua boleh dapatkan produk-produk dari usahawan luar bandar dengan mudah melalui platform www.ekud.my

Paling best, tak kiralah anda pembeli baharu atau pembeli sedia ada, baucer diskaun tetap disediakan.

Jualan Mega eKUD@KPLB 2020 merupakan kemuncak kepada KUD tahun ini apabila menghimpunkan sehingga 500 orang usahawan luar bandar.

Ini Masanya Usahawan Tambah Ilmu Bisnes

Bagi para usahawan, anda semua berpeluang untuk berhubung dengan trades buyer dari dalam dan luar negara secara terus, menerusi eKUD@KPLB 2020.

Program-program keusahawanan turut ada tau! Ada webinar dan talk show yang menampilkan usahawan-usahawan berjaya bagi berkongsi pengalaman mereka.

Pengunjung Pun Jangan Lepaskan Peluang

Untuk orang ramai pula, ini masanya anda semua mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang disediakan secara langsung dan juga rakaman.

Ada demonstrasi memasak, urban farming, laman ternak dan jualan secara langsung dengan selebriti jemputan. Popular lagi tuu! Pelbagai aktiviti ini bermula dari pukul 10 pagi sampailah 10 malam.

Paling seronok, pengunjung yang buat pembelian online berpeluang sertai cabutan bertuah! Dah laa berbelanja produk berkualiti, ada pulak hadiah menarik dari pihak penganjur!

Tapi ingat ye, semua tu untuk yang memenuhi syarat je tau.

Mesti Anda Dah Tak Sabar-sabar Nak Serbu eKUD@KPLB Ni Kan?

Yelaa, penganjuran Karnival Usahawan Desa ni bukan je jadi medan usahawan promosikan produk yang dihasilkan mereka, tetapi turut beri kesedaran kepada orang diluar sana bahawa produk luar bandar juga mempunyai kualiti yang baik.

Haaa bagi pengunjung pula, inilah masanya korang semua explore perkara baru dengan berbelanja sambil menyertai program menarik secara virtual.

Dalam kita sakan bershopping tu, dapat juga timba ilmu menerusi program-program yang disediakan pihak eKUD@KLPB. Betul tak?

Tunggu Apa Lagi, Jom Join Beramai-ramai!

Tak susah pun nak join eKUD@KPLB ni. Anda hanya perlu melayari laman web rasmi eKUD@KPLB iaitu di www.ekud.my untuk info dan menikmati pengalaman baharu Karnival Usahawan Desa 2020 atas talian.

Janji anda daftar dulu mulai sekarang sebagai pengunjung supaya senang nak bershopping atau pun nak tonton pelbagai program menarik.

Pastinya eKUD@KPLB kali ini lebih menarik kerana pengunjung tidak perlu lagi bersesak untuk ke setiap booth. Semuanya berada di hujung jari sahaja!