fbpx

Informasi yang terkandung dalam artikel ini adalah hasil cedokan dari forum Cari. Tidak kami gila nama katakan ini hasil usaha kami sendiri. Peace!

Jika semalam ada pendedahan tidak kukuh oleh Shida Harmi tentang Khairul Fahmi, hari ini bekas kekasih Elia pula masuk cerita.

Mari kita namakan bekas kekasih Elia si Jejari Runcing ini sebagai N untuk menyenangkan penceritaan. Setuju?

N, muncul di Forum Cari untuk meluahkan perasaan tentang apa yang beliau rasa tentang hubungan beliau & Elia yang berlangsung 4 tahun dulu.

N mendakwa mengenali Elia semenjak mereka di Tingkatan 4 dahulu. Dan, Elia si Jejari Runcing merupakan cinta pertama untuk N.

Namun, perjalanan cinta mereka juga tidak kemana oleh kerana sikap Elia (yang di’panggil Aimie oleh N) dan juga ahli keluarganya.

Menurut N, key person yang banyak mempengaruhi Elia dalam membuat keputusan adalah kakak Elia sendiri. N mengakui yang beliau tidak berapa gemar dengan sikap kakak Elia.

Ketika mereka bercinta, ibu Elia juga sering memberikan hint supaya N cepat masuk meminang walhal ketika itu Elia baru sahaja habis SPM (17 tahun) dan N berusia 19 tahun.

N menceritakan pernah sekali beliau beraya ke rumah Elia namun seperti tidak di’layan malah baju raya hasil titik peluh N buat Elia di’persendakan ahli keluarga Elia yang lain.

N sebenarnya masih berharap & menunggu jawapan Elia tentang hubungan mereka namun N di’biarkan begitu sahaja sehinggalah berita pertunangan Elia & Khairul Fahmi sampai ke pengetahuan N.

Ini merupakan ayat terakhir N untuk Elia setelah beliau merasakan tiada hasil mengejar sesuatu yang tidak pasti;

Aimie, suatu hari nanti bila you berada di’tempat I sekarang, you akan tahu bagaimana rasanya di’buat begini. You akan tahu, macam mana tinggi antara langit dan bumi ini.

Dear N, it’s quite lame but yes, karma is a bitch.