fbpx

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini diberitahu kes pendakwaan terhadap penyanyi dan komposer,  Yasin Sulaiman, kekal dijalankan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Memetik Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya petang semalam.

BACA: “Lillahi Taala, Yasin Sulaiman Antara Manusia Paling Baik Pernah Saya Jumpa”

Susulan itu, peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan.

“Terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat dan kita mohon dua minggu dari sekarang (sebutan kes) jika memadai,” katanya.

Sementara itu, keadaan terkini Yasin turut menjadi perhatian ramai yang sempat mengucapkan salam takziah di atas pemergian Allahyarham Adibah Noor dan sahabat baiknya, Allahyarham Mujahid Abdul Wahab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dilihat tersenyum, menerusi video dikongsikan Instagram Hlive, Yasin sempat menitipkan pesan menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan kanabis daripada senarai nakotik.

“Kanabis bukan nakotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan.

“Tuhan tak jadikan pohon kanabis sia-sia, pohon kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai nakotik. Terima kasih semua…” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak namun mengagumi penyanyi itu yang sentiasa positif serta mendoakan agar urusan Yasin dipermudahkan.