“Kami Tak Langgar SOP, Video Tular Itu Baru Lepas Sesi Fotografi”
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Menjelaskan mengenai dakwaan tersebut, adik kepada Uqasha iaitu pelakon Raysha Rizrose berkata majlis kakaknya itu tidak melanggar SOP dan video tular itu adalah selepas sesi fotografi.
BACA: “Saya Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Polis”
“Sebenarnya tiada istilah melanggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
“Tetamu yang datang pada hari itu hanya kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja. Mereka yang datang wajib menjalani ujian saringan RTK Antigen, lengkap dua dos vaksin Covid-19, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir.
“Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap,” katanya.
Sedia memberi kerjasama jika dipanggil pihak polis, Raysha berkata dia percaya rata-rata yang hadir mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahayanya virus itu apatah lagi sudah dua tahun Malaysia berdepan pandemik.
“Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung tempoh hari adalah hasil kerjasama dengan Astro yang juga dikenali sebuah stesen TV yang sangat pentingkan SOP.
“Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal. Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan yang baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP.
“Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP,” katanya.
Terdahulu, polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan terbabit di Genting Highlands yang tidak mengikut SOP.
- SUMBER
- Harian Metro
Siasat jgn tk siasat. Tiada istilah kayapngan hokey. Tp biasa la polis just buka kertas siasatan. Nnti2 netijen pun tk perasan bila kertas siasatan ditutup. Akai mana akai
Melawannnn. Sbb bf kau ada berkepit skli mnari dgn kau kan
Yang video joget tu apanya? Kalau tak nak pakai mask pun at least pakai la shield. Ni semua muka kosong je
Baik ko sambung belajar utk develope perkembangan otak ko tu. Berlakon pun suara bagai ditahan2 macam ada halkum.
alamakkkk jadi lepas sessi fotografi …..boleh laaa tak ikut SOP yaaaa?tanya jeee
Orang-orang yang sibuk dok cari salah bab ‘langgar SOP’, sebenarnya menunjukkan sifat diri sendiri yang sebenar. Iaitu…
… LOSERS
Juga jenis DENGKI. Mahu yang lebih elok dari mereka get into trouble.
Kalau jumpa, aku TERAJANG !!
Alah x pyh la siasat bagai..sebulan dua senyap je kes2 melibatkan artis ni..