fbpx

“Kami Suami, Isteri Buat Kerja Rumah Sama Sama”

Pasangan Johan dan Ozlynn antara pasangan yang menjadi perhatian ramai kerana didikan anak-anak mereka yang terbaik. Baru-baru ini Ozlynn berkongsi sebuah video Johan membasuh baju anak-anak menggunakan tangan. Ramai memuji sikap Johan yang saling membantu isteri.

BACA: Cara Johan Solat Pun Dikritik Ramai

Lagi tinggi lagu tu, lg kuat la dia berus baju tu.. nampak x betapa dia bahagia buat kerja umah.. so korg toksah la buat andaian sendiri yg aku buli laki.. mmg dr zaman xde mesin basuh smp skrg mesin pengering pon ada kat umah.. baju putih mmg kami berus guna tgn.. lebih puas sb bersih.. dan xde istilah menyusahkan diri sb dh jadi rutin.. malas? Bkn ktorg.. keje umah buat sama2.. even anak2 pon buat sama.. baru seronok.. ni kdg kerja umah dh mcm jd tanggungjwp 100% kaum ibu.. sb kaum adam ckp dia penat carik duit.. ehhh abes yg kita dok meneran, bertarung nyawa utk lahirkan zuriat dorg?? Sume sb adat.. org pompuan kene buat sume keje umah.. sok anak ko berderet, dh x sempat jaga diri, laki x sempat ko nak hidang makan.. dah laki ckp ko dh x mcm dulu.. dan laki pon cuci mata kat tmpt lain.. acaner tuh??? So yg terbaik biar sesama rasa nikmat berumahtangga susah senang, penat lelah sesama.. baru la kita hargai pasangan kita.. pengorbanan suami & isteri.. buat kaum adam.. ada rezeki lebih jgn kedekut ngan isteri tau.. lg byk yg di curah, disedekahkan makin bertambah rezeki yg tidak disangka2 .. haaaa kaum isteri bila suami layan baik tu malam belanja laaaaaaaa? xkan tu pon aku nak ajar lagikkk p/s: JGN LUPA DGRKAN @era.je setiap isnin hingga jumaat 6-10am #johara

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Menerusi perkongsian itu, Ozlynn ada memesan kepada peminat agar tidak menuduhnya membuli suami kerana bagi beliau, kerja rumah patut dilakukan bersama dan bukanlah tanggungjawab isteri seorang sahaja. Malah jelasnya anak-anak juga sering membantu mereka membuat kerja rumah.

Dalam kenyataan yang sama Ozlynn turut berpesan kepada semua isteri diluar sana supaya tidak terlalu membebankan diri seorang diri membuat kerja rumah. Tidak mahu pula sibuk menjaga rumah sampai diri terabai dan tidak cantik lagi sehingga suami ‘cuci mata’ diluar kan. (rtky/w)