“Kami Sama-Sama Dari Zaman Anak Dara Lagi, Tipulah Kalau Tak Sedih”
Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut penyanyi Siti Nordiana dengan dua lagi rakan artis iaitu Lan Solo dan Syura Badron.
Pernah bernaung di bawah syarikat yang sama dengan Nana sejak usia belasan tahun lagi, Syura berkata tiada siapa mahukan semua ini akan berlaku, namun setiap manusia itu tidak sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
BACA: “Anda Tak Tahu Apa Saya Lalui, Tolong Henti Hakimi Saya”
“Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Jujur saya cakap, ketika mula bertatih dalam bidang seni, dialah (Nana) orang pertama yang saya kenal. Kami satu label yang sama, nyanyi, bikin video muzik dan pergi ‘road tour’ bersama-sama sejak berusia 14 tahun.
“Apabila semua ini berlaku, sudah tentu saya sendiri fikir mana pergi semua persahabatan. Saya percaya, manusia tak sempurna dan itu juga sifat saya. Kita semua buat silap kerana itu memang fitrah,” katanya.
Kata Syura lagi, dia tidak menyangka perkara itu akan berlarutan sehingga ke mahkamah dan mengakui sedih di atas apa yang berlaku. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Syura turut memohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku.
“Saya percaya itu juga yang berlaku antara saya dengan Nana. Kami pernah sama-sama menjalani zaman anak dara sampailah sekarang. Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan apa yang berlaku.
“Kalau boleh saya tak nak keruhkan keadaan. Daripada pihak saya, dari bibir saya sendiri, saya mohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku baik apa yang orang tahu mahupun tidak,” katanya.
Dalam pada itu, Syura berkata dia menyerahkan segalanya kepada takdir dan tindakan lanjut daripada Nana mengenai permasalahan tersebut.
“Saya sudah sampai tahap fikir, apa sahaja yang keluar dari bibir saya, orang ramai akan label saya yang memulakan angkara ini, sayalah ‘villain’ dan sebagainya. Kalau dia (Nana) rasa bawa perkara ini ke mahkamah dapat selesaikan masalah, terpulang kepadanya.
“Saya reda dan ikut sahaja kalau itu memberikan keadilan kepada siapa yang berasakan dirinya teraniaya atau bagaimana,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Hamboiii hamboiii hamboiii …play victim pulak dah….kalau dah Tau org tu sama-sama susah senang dulu,pesal kau gi join masa org mengata dia kt live hari tu??? Masa tgh seronok membawang Tak ingat psl susah senang,bila dah kena naik court baru pandai mengimbau sejarah lama….
Jenis mcm kau ni la yg x boleh dibuat kawan
just nk bgtau..ini statement paling bodoh…
klau nana yg jahat… dia dah bukak aib kau sampai tak cukup kain tp sape sekarang ni yg bukak aib nana sape erkkkk???
saman tetap saman..
sekian…
Tkde duit la tu nak byr saman.. time berjemaah live tkde plak rasa mcm bersalah.. seronok msg2.. ketawa berdekah-dekah.. konon2 malukan nana dpt pujianla tu.. skali kena hetam….apa perasan krg bila kena hentam dgn nerize…tk seronok ke..hahaha
lain kali, klw tau bodoh jangan suka2 nak join group bahalol. sbb group ko yg bahalol tu lah kebodohan ko kekal abadi. klw tau nana tu sama bertatih ngan ko, sepatutnya ko tak sampai hati buat dia mcm tu. skang padan muka ko ngan Lan bangang sekali. jantan tapi perangai mcm arbok, kaki membawang. baik ko buat press conference la syura, minta maaf sepenuh ikhlas, mengaku bersalah dan menyesal sbb join group bahalol ko. setakat ko cakap minta maaf ni, ko minta maaf ngan sape.ngan jebon .. skang dah demam sejuk mlm2 gigil tak keruan. kang confirm kena saman naye je ko… baik cepat2 insaf dan mintak maaf secara live.sebut nama nana bukan mintak maaf umum mcm bodoh ni… klw ko rasa taknak pape kedana la lepas ni ..
Play victim…kalu fikir kawan x denyerr buat mcam tu…sediakn jerr duit tok byar saman tu…x yah nk putar & bgi statement…kalu dah mlut puaka tu puaka jugak
Dh tukar ayat nmpk. Hrtu ckp omputeh bagai taktau hdp dia cm mn. Skrg play victim pulak. Allah. Awai2 mntk maaf kan sng dh mmg salah mgumpat live. Gila ke apa.
Eh,haritu kau mengata dia kt live.. pastu up ig story berlagak kata not in your shoes bagai.. xtau cerita lah,jgn judge lah.. adoi,jgn lalang sgt syura.. fight je lah.. mana tau memang.. opsssie
Ramai sgt manusia akhir zaman ni jenis play victim bila dh kantoi or aib makin terbongkar…time awal perangai ego melangit mulut longkang…
Hahaha tu lah…kerana mulut badan binasa. Kerana mulut seseorang boleh lose temper dan membunuh…kata kawan ckp tak ingat2
play victim card pulak dah kau. masa dekat live tu bukan main lagi korang mengata nana, ni dah keluar saman, baru nak keluarkan ayat kawan dari zaman anak dara. puiiii. kau sebenarnya jeles dengan nana.
la pulak….bukan dia ke yg kata nana hasut recording samoai dia xde job..pi tgk blk live korang tu
Dia dah minta maaf ok lah tu…sokonglah mereka yang ingin berdamai
Die dah minta maaf siap cerita zaman sahabat dulu die tak play victim mungkin kawan lupa kawan cepat sensitive bila seorang tue maju cam tue jer . Bukan cemburu mungkin negativity tue jer lain lah mengutuk Call suami orang busuk kawan dari belakang itu baru kawan makan kawan contoh Maria Fatima busuk kawan die dengan suami die karen rahman
Hati Hati siti nordiana bila kita saman orang boleh kena balik kat awak tahu dunia ni bulat Kira take dilahirkan perfect
masa buat live kutuk2 tu ada tak rasa bersalah? muhasabah diri.. lain kali hati2 dalam berbuat sesuatu jgn ikutkan hati.. ada terfikir tak awak kutuk2 org masa live boleh jejaskan imej orang tu. cuba awak letak diri awak yg dikutuk semasa live.. memang patut awak minta maaf sebab perbuatan awak buat live mengutuk itu satu kesalahan.. kenapa awak sebagai kawan tk cakap atau luah masalah tapi mengambil jalan yg boleh mengaibkan kawan awak… fikir fikirkanlah..