fbpx

“Kami Pun Nak Anak, Tak Pernah Berhenti Usaha” – Zulin Aziz

Sudah 10 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Zulin Aziz tidak terlepas ditanya dan sering diasak mengenai soal anak. 

Menerusi satu video di muat naik di TikTok, Zulin tampil memberi respons ketika sedang bercuti di Korea Selatan bersama suaminya, Farhan Norzaini. Menurut Zulin dia dan suami sama seperti pasangan lain yang inginkan zuriat dan tidak pernah berhenti berusaha.

BACA: Zulin Aziz Tertekan Jawab Soalan Zuriat

@

? –

“10 bulan usia perkahwinan kami. Asyik diasak dengan soalan bila nak ada ANAK? Kami pun macam pasangan yang lain, pastinya inginkan zuriat. Kami tak pernah berhenti berusaha,” katanya.

Dalam perkongsian itu juga, Zulin turut memohon agar orang ramai mendoakan buat mereka serta mengatakan jika ada kelapangan mereka akan pergi ‘berbulan madu’.

“Mohon doakan yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan? Sebabtu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama,” katanya.

Perkongsian Zulin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu serta mengabaikan kata-kata negatif.

September lalu, Zulin mendedahkan bahawa dirinya mengalami keguguran pada Ogos lalu.