fbpx

Meskipun hanya tiga hari bergelar ibu bapa namun ianya penglaman cukup berharga bagi penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhamad.

Menerusi satu perkongsian sebentar tadi, Azmi memaklumkan isterinya sudah dibenarkan pulang meskipun hospital menyarankan untuk tinggal beberapa hari lagi sehingga sihat.

BACA: Bayi Azmi Saat Disyaki Ada Masalah Di Bahagian Otak

Lebih sebak, Azmi berkata sehebat mana pun perancangan manusia namun Allah pemilik segalanya dimana mereka datang ke hospital bertiga namun balik hanya berdua sahaja.

“Kami datang bertiga tapi balik berdua sahaja. Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya,”katanya.

Reda dan sabar dengan ujian diberikan, Azmi berkata meskipun Allah mengambil anaknya tetapi Allah gantikan dengan orang yang baik-baik di sekelilingnya.

“Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami meharungnya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikanMu di dunia lebih lagi Akhirat. Allah tarik satu tapi Allah gantikan dengan ramainya orang-orang yang super baik dalam hidup kami,” tulisnya.

Diakhir perkongsian itu, Azmi berkata dia dan isteri akan terus kuat dan yakin bahawa Allah akan berikan yang lebih baik buat mereka.

“Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik. Nantikan anak kami yang kedua. Insya Allah,” tulisnya.

Pada 27 September lalu, Azmi selamat menimang cahaya mata sulung diberi nama Khairul Afnan selepas 10 tahun menantikan zuriat.